Friday, April 27, 2012

Depression


Tadi baru lepas borak ngn somebody

kami berborak mengenai kes pelajar bunuh diri di universiti kami 

menurut berita yg diterima, beliau pernah menyatakan hasrat untuk membunuh diri kepada rakan-rakannya melalu SMS beberapa bulan yang lalu, namun tidak ada seorang pun dari rakan-rakan nya yang mengambil serius perkara itu

akhirnya beberapa bulan kemudian beliau nekad membunuh diri dengan terjun dari jambatan tersebut, ke dalam tasik yang agak dalam serta gelap airnya

pihak penyelamat mengambil masa hampir sejam untuk menemui mayat mangsa

mangsa memastikan dirinya lemas dengan meletakkan batu di dalam beg galas, yang digalasnya semasa terjun dari jambatan tersebut

namun bukan itu yang ingin ditekankan

ingin ditekankan di sini adalah betapa budaya masyarakat kita yang seringkali tidak mengendahkan 'jeritan batin' pesakit mental

budaya kita adalah budaya yang menganggap penyakit mental adalah sesuatu yang 'ridiculous'

ada teman mengatakan pelajar itu 'not so bright' hinggakan mengambil nyawa sendiri

ingin ditegaskan di sini, pencapaian IQ yang tinggi tidak semestinya bermakna kita mampu mengelak dari penyakit mental

sebab itulah situasi itu di namakan 'penyakit mental"

ada seorang pensyarah berjaya mengesan seorang pelajar yang bersikap agak aneh dari pelajar lain

hasil ujian psikiatari, pelajar tersebut disahkan mengalami 'schizophrenia'

apabila tertekan, beliau pernah berniat untuk membunuh orang-orang sekelilingnya

namun alhamdulillah, simptom-simptom penyakit beliau boleh di bendung dengan farmaseutikal yang dibekalkan

ingin ditekankan di sini bahawa pelajar tersebut merupakan pelajar cemerlang

cuma isunya adalah apabila beliau di provoke atau tertekan, beliau mempunyai satu daya pemikiran yang berbeza dengan orang-orang normal

tindak-tanduk dan pemikiran kita di kawal melalui pencetusan bahan kimia di dalam otak. Bahan kimia itu, khasnya hormon, yang membuatkan berasa gembira atau sebaliknya

jika anda perasan, kita cenderung untuk merasa 'down' di hari yang mendung atau hujan, manakala gembira atau lebih 'upbeat' di hari yang cerah atau bercuaca elok

sedarkah anda bahawa itu sebenarnya akibat cetusan hormon di dalam badan kita, badan bertindak mengikut persekitaran dan ini mempengaruhi penghasilan hormon di dalam badan justeru 'mood' individual

care a little would you?