Kenapa saya selalu lewat ke pejabat?
Saya bangun awal. Uiii…..awal sungguh saya bangun. Sekitar 3 pagi, saya sudah mengetuk2 papan kekunci komputer riba saya (maklumlah, banyak 'keja'..heh heh). Jam 4 saya akan turun ke bawah dan membuat air untuk diri sendiri supaya tidak mengantuk.
Menghampiri jam 5, saya akan mula berasa cemas, sebab kerja yang perlu disiapkan belum siap dan mungkin tidak sempat siap. Namun saya tidak berputus asa. Berehat sebentar, menjalankan tanggungjawab. Kemudian, dalam keadaan adrenalin mengalir ke seluruh urat saraf, dan jantung 'berdetak-detum' kerana cemas, saya gagahkan juga menyiapkan kerja yang perlu disiap namun belum siap dan mungkin tidak sempat siap.
Jam 5.28 pagi, kerja yang tadinya belum siap dan mungkin tidak sempat siap, akhirnya siap juga. Saya berhenti membuat kerja dan membuka Facebook pula. Oh…itu amat penting untuk menghentikan aliran adrenalin di dalam badan sebelum membuat kerja lain.
Pada jam 5.35, saya kena mandi dan bersiap-siap.
Jam 5.55, aliran adrenalin di dalam badan bermula sekali lagi. Jantung yang tadinya sudah tenang, 'berdetak-dentum' dengan lebih pantas. Saya belum memilih pakaian, belum menseterika dan belum bersiap-siap. Macam mana ini?(detik hati saya yang 'berdetak-dentum').
5 minit kemudianàmemilih baju
5minit selepas 5 minit tadiàmasih memilih baju
3minit selepas 5 minit keduaàmula menseterika pakaian
15 minit selepas itu, selesai menseterika pakaian.
Maksudnya sekarang sudah jam 6.23.
Oh tidak! Hanya 7 minit untuk bersiap?!
Hahaha….and the rest is history. I have to get out from my house by 6.40 the latest, or I'll be late for sure and get a 'red-print' on my punch card. Isk….
Seriously…. I need to be more serious….