Tuesday, May 27, 2008

Apa saya buat hari ini?


Mula-mula…saya chatting dengan sayang saya.

Selepas itu, saya tengok tv. Saya tengok Friends. Mereka sungguh lucu. Saya ketawa sepenuh hati.

Habis tengok tv, saya chatting lagi. Dengan sayang saya juga. Saya suka chatting dengan sayang saya.

Lepas itu, sayang saya perlu keluar. Saya pun perlu keluar. Maka dengan terburu-buru saya mandi dan bersiap. Semasa saya bersiap, saya tidak jumpa compact powder dan eyeliner saya. Selalunya, saya akan memakai compact powder dan eyeliner sebelum saya keluar ke mana-mana tetapi tidak hari ini. Saya hanya memakai baby powder dan mascara sahaja. Isk. Kasihan saya dengan diri sendiri.

Selepas itu, saya pergi mengambil kawan adik saya. Adik saya ada bersama semestinya. Dalam perjalanan, saya singgah mengisi minyak. Semasa saya sedang mengisi minyak, ada pekerja berkata begini kepada saya, “Kak, hafiz kirim salam.” Saya tersenyum sambil cuba mengingati siapakan Hafiz yang dia maksudkan.

Selepas itu, saya pun meneruskan perjalanan menuju ke rumah kawan adik saya yang sorang lagi. Mereka bertiga hendak pergi ke perpustakaan. Semasa dalam perjalanan, mereka bertiga berborak. Mereka sungguh lucu. Saya cuma tersenyum mendengar perbualan budak-budak sekolah ini.

Adik saya hendak membeli buku rujukan, maka kami singgah sebentar di MyBookstore. Saya menunggu di dalam kereta. Lama sungguh saya menunggu mereka. Saya menghabiskan masa saya dengan memadamkan mesej pendek di dalam telefon genggam saya. Banyak sungguh mesej yang saya simpan di dalam kotak mesej saya. Apabila adik saya selesai membeli buku rujukan, dia dan kawannya membeli cornetto. Adik saya meng-offer cornetto kepada saya. Entah mengapa saya mengatakan saya tidak mahu. Apabila melihat mereka makan cornetto, saya jadi teringin pula. Sekali lagi, kasihan saya dengan diri sendiri.

Balik dari menghantar mereka, saya singgah di kedai dan membeli makanan kucing saya. Banyak sungguh pilihan kucing di kedai tersebut. Tetapi kucing saya cuma akan makan friskies perisa ikan laut. Saya pun membeli itu. Semasa dalam perjalanan ke rumah, saya terlihat beberapa ekor anjing terbiar merayau-rayau. Anjing-anjing itu sungguh kurus. Saya merasa sungguh kasihan melihat anjing-anjing itu. Sungguh tidak bertanggungjawab tuan kepada anjing-anjing itu. Mereka kejam.

Bila saya sampai rumah, adik saya sedang menonton televisyen. Saya bosan lalu membaca buku cerita. Sungguh sedih cerita yang saya baca. Nanti saya buat rumusan buku itu. Nama buku cerita itu adalah, “Shy Keenan Broken”.

Pada sebelah petangnya pula, saya cuba membersihkan laman rumah saya dan selepas itu saya bermain badminton dengan adik saya. Ini adalah hari kedua saya bermain badminton setelah bertahun-tahun tidak bermain badminton. Tangan saya sakit sebab saya tidak biasa main. Kasihan saya dengan diri sendiri.

Malam pula, saya makan ayam goreng yang adik saya goreng. Saya suka makan ayam goreng dengan mayonis. Sungguh sedap.

Selepas makan, saya membuka komputer peribadi saya lalu menaip blog ini.

(hahahaha….i’m just plain bored! Thanks for reading)

:P