Wednesday, March 25, 2009

Katanya...

Ada orang pernah berkata ….bila berumahtangga, we deal with emotion each and every second. Not only have we had to deal with our own emotion, but also our spouse’s.

Ada orang kata…dalam satu-satu hubungan, yang paling penting adalah komunikasi…dan…what really matters is how you said it, not what you said.

Ada orang kata…bila dua orang saling menyayangi bertengkar dan tidak menemui perdamaian, itu adalah perasaan paling perit seorang insan boleh alami.

Ada orang kata, antara suami dan isteri, biasanya si isteri yang kena mengalah…biarpun ada masanya si isteri itu betul. Melainkan hati si isteri amat keras atau sudah terlalu terluka…maka dia tidak akan mengalah. Si isteri seringkali mengalah, biasanya bukan kerana merasakan dirinya bersalah, namun kerana sayangkan si suami dan rela korbankan perasaannya daripada korbankan hubungan itu…

Hati perempuan amat lembut dan amat mudah terguris…namun hati perempuan lebih kuat dari lelaki. Perempuan boleh melupakan hatinya yg sedang terguris demi memastikan orang yang dia sayangi gembira dan bahagia… (berapa ramai isteri yang bersabar walaupun didera fizikal dan mental oleh suaminya? Percayalah…isteri2 ini bukannya bodoh ataupun takut…namun terlalu sayangkan suaminya…hanya perempuan boleh memahami perasaan ini yang sebenarnya…)


p/s: itu yang orang kata atau yang saya baca…mana yang benar dan mana yang tidak, terpulanglah kepada akal fikiran dan kewarasan kita… :)